Safawi belum dapat peluang

Safawi (tengah) masih belum berpeluang membuat kemunculan bersama skuad utama Portimonense. - Foto FB Portimonense SC
Safawi (tengah) masih belum berpeluang membuat kemunculan bersama skuad utama Portimonense. - Foto FB Portimonense SC
A
A
A

PENYERANG sensasi negara, Safawi Rasid belum berpeluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama Portimonense SC selepas tidak diturunkan pada aksi menentang UD Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal, awal pagi tadi.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu hanya berada di bangku simpanan ketika pasukannya tewas 0-1 kepada kelab divisyen tiga Portugal itu.

Ia sekali gus menyaksikan Portimonense SC tersingkir daripada saingan taca de Portugal musim ini.

Untuk rekod, Safawi hanya membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense bulan lalu.

Perlawanan Portimonense seterusnya adalah dalam saingan Liga Primeira menentang Nacional pada 29 November yang mungkin boleh menjadi detik terbaik untuknya diturunkan.

Artikel Berkaitan: