Tak perlu muat naik status berjaya melepasi SJR: Polis

Hoo (dua dari kanan) ketika melawat sekatan jalan raya yang dilaksanakan sekitar Jempol.
Hoo (dua dari kanan) ketika melawat sekatan jalan raya yang dilaksanakan sekitar Jempol.
A
A
A

JEMPOL - Orang ramai yang berjaya melepasi sekatan jalan raya (SJR) dinasihatkan supaya tidak memuat naik status itu di media sosial bagi mengelakkan perbalahan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tindakan itu pasti menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang awam lain yang gagal melepasi mana-mana SJR dan kemudiannya mempertikaikan tindakan pihak polis.

"Saya mendapati kebanyakan orang ramai yang berbuat demikian bagi membuktikan mereka berjaya melepasi SJR. Saya tidak pasti apa tujuan mereka berbuat demikian namun secara peribadinya mereka tidak perlu memuat naik status itu di media sosial.

"Ia bukan sahaja akan mengundang perbalahan malah akan menimbulkan persoalan lain seperti mudahnya melepasi SJR," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Chang Hook menasihatkan orang ramai agar perkara itu perlu perlulah dihebohkan dan elak daripada berbuat demikian sekiranya sekadar bertujuan mahu menunjuk-nunjuk.

" Saya berharap orang ramai mematuhi dan menghormati barisan hadapan yang sedang menjalankan tugas mereka di lapangan bagi mengekang penularan pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak enam kenderaan di arah berpatah balik kerana tiada mempunyai permit rentas sempadan atau terdapat lebih penumpang dalam kenderaan ketika SJR dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel Berkaitan: