Kluster Oad dikesan di empat daerah Negeri Sembilan

Taburan kes Covid-19 mengikut mukim Negeri Sembilan.
Taburan kes Covid-19 mengikut mukim Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Kluster Oad yang dikenal pasti sebagai kluster baharu di Negeri Sembilan melibatkan empat daerah iaitu Seremban, Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, kluster ini membabitkan sebuah syarikat pengurusan acara.

"Kluster sama turut dikesan di Hulu Langat, Selangor dan Negeri Sembilan yang kembali mencatatkan kembali tiga angka berbanding sebelumnya.

"Sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat 153 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 3,794 kes," katanya.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 2,780 kes telah sembuh dan discaj, 1,006 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan kes telah meninggal dunia.

"Bagaimanapun, Kluster Cergas masih merekodkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 1,295 kes diikuti Kluster Kaya (526 kes), Kluster Lengkuk (256 kes) dan 61 kes dari Kluster Taman Bunga.

"Terdapat 1,811 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah iaitu jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir.

“Pertambahan 153 kes baharu hari ini melibatkan 139 dari kluster sedia ada, satu kes dari kluster baharu,10 kes dari saringan kontak rapat dan tiga kes lain-lain saringan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dari jumlah berkenaan, 142 kes dari daerah Seremban, Port Dickson (sembilan kes), Jempol dan Rembau masing-masing satu kes.