X

Kindly register in order to view this article
!

Tabur duit pokok pisang

A
A

BEBERAPA hari ini, riuh rendahlah di mana sahaja orang bercakap pasal hal cetak duit. Seorang Timbalan Menteri mencadangkan Bank Negara Malaysia (BNM) cetak lebih banyak wang kertas. Tujuannya nak bagi rakyat supaya boleh berbelanja semasa Covid-19.

Tak hairanlah beliau dikecam teruk. Macam-macamlah Awang baca komen tentang hal itu. Awang terfikir juga besar kemungkinan beliau ini sahaja nak buat heboh, maklumlah nak dapat publisiti. Bukan sekali ini beliau terbabit dalam kontroversi ekoran kenyataannya. Mungkin juga beliau suka hati dapat perhatian orang ramai, baik negatif atau positif tak jadi kudis padanya.

Bagi orang-orang lama, teringatlah zaman Jepun di mana kerajaan Jepun yang memerintah Malaya cetak duit kertas cap pokok pisang. Bertaburan duit itu macam daun pisang. Tapi tak ada nilai pun.

Awang bukanlah pakar ekonomi. Tapi dalam sistem ekonomi moden sekarang, cetak duit kertas dan taburkan macam tabur tiket bas, akan lebih rosakkan ekonomi.Nak cetak duit mesti ada sandaran, bukan boleh cetak begitu sahaja.

Nak tabur duit dari helikopter bolehlah kalau duit itu taraf duit pokok pisang. Dalam keadaan hari ini nilai ringgit pun dah rendah. Kalau ikut cadangan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil ini, akan merudumlah nilai ringgit.

Awang yang tak sekolah tinggi ni pun faham hal itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!