Bersaing dengan rakan hantar borang penyertaan

Mohd Rodzi berharap ada rezeki untuknya memenangi Peraduan Sinar Harian di Hatiku.
Mohd Rodzi berharap ada rezeki untuknya memenangi Peraduan Sinar Harian di Hatiku.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang pesara dan rakannya sering bersaing menghantar penyertaan Peraduan Sinar Harian di Hatiku yang dianjurkan akhbar Sinar Harian.

Mohd Rodzi Ahmad, 60, berkata, dia dan rakannya itu mengisi dan menghantar penyertaan berkenaan kerana tertarik dengan hadiah yang ditawarkan.

Menurutnya, dia tidak akan berhenti untuk menyokong Sinar Harian berikutan sangat berpuas hati dengan kandungan berita yang disediakan.

"Saya adalah pembaca setia Sinar Harian. Setiap hari saya akan pastikan membelinya kerana amat tertarik dengan peraduan selain kandungan beritanya padat. Paling saya suka politik dan sukan. Ini kerana, laporan Sinar Harian tidak memihak kepada satu-satu pihak sahaja.

"Sebelum ini saya ingatkan saya sahaja yang hantar peraduan ini, rupa-rupanya rakan saya juga membuat perkara sama," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Rozaini Roslee
Rozaini Roslee

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia akan terus menghantar peraduan itu dan berharap akan memenanginya.

"Bagi saya, menang atau tidak itu rezeki Tuhan. Saya dan rakan akan sentiasa mengisi peraduan ini, mana tahu rezeki memihak kepada saya.

Artikel Berkaitan:

"Saya hantar sahaja (peraduan). Saya tidak mengharap sangat kerana tahu ramai yang menyertai peraduan ini termasuk rakan saya," katanya.

Menurutnya, dia berharap agar Sinar Harian akan terus menganjurkan lebih banyak peraduan seumpama ini kerana ia akan menarik perhatian pembaca setia akhbar ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Rozaini Roslee, 31, berkata sebagai pembaca setia, saya memang menantikan peraduan yang dianjurkan kerana semua soalan yang disediakan mudah manakala hadiah yang ditawarkan pula menarik.

"Saya harap kali ini saya berpeluang untuk menang Peraduan Sinar di Hatiku ini," katanya.