Protes pembangkang Venezuela semakin memuncak

Guaido seru rakyat Venezuela bangkit menentang Maduro. - Foto BBC
Guaido seru rakyat Venezuela bangkit menentang Maduro. - Foto BBC
A
A
A

CARACAS - VENEZUELA. Ribuan penunjuk perasaan anti Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengadakan bantahan besar-besaran di ibu negara semalam bagi menyatakan sokongan terhadap Juan Guaido.

Pemimpin Perhimpunan Kebangsaan berkenaan menegaskan, protes jalanan akan diteruskan sehingga rakyat Venezuela mendapat kebebasan.

Guaido turut mengumumkan pihak pembangkang akan mula mengumpulkan bantuan kemanusiaan dari Colombia dan Brazil, serta menggesa pasukan tentera untuk membenarkan bantuan tersebut masuk ke Venezuela.

Sejumlah 250,000 hingga 300,000 rakyat negara itu berisiko meninggal dunia akibat kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.

Terdahulu, Guaido mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Amerika Latin setelah mengisytiharkan dirinya sebagai presiden Venezuela bulan lalu.

Penentangan bermula selepas Maduro dilantik sebagai presiden untuk penggal kedua, susulan kemenangan dalam pilihan raya yang menyaksikan ramai pemimpin pembangkang disumbat ke dalam penjara.

Maduro bagaimanapun, menegaskan dirinya adalah satu-satunya Presiden Venezuela dan menggesa pembangkang menghentikan usaha sia-sia untuk menggulingkan kerajaan.- BBC

Artikel Berkaitan: