Kuala Lumpur dapat tiga KPD baharu

Anuar (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Bricfields yang baharu menggantikan Zairul Nizam (kiri) dengan disaksikan Saiful Azly.
Anuar (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Bricfields yang baharu menggantikan Zairul Nizam (kiri) dengan disaksikan Saiful Azly.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyaksikan pertukaran tiga ketua polis daerah (KPD) baharu.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung semalam dan hari ini itu membabitkan KPD Dang Wangi, Brickfields dan Sentul.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, Penolong Pengarah (D5) Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai KPD Dang Wangi yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Mohamad Zainal (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi menggantikan Mohd Fahmi (kiri) dengan disaksikan Saiful Azly.
Mohamad Zainal (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi menggantikan Mohd Fahmi (kiri) dengan disaksikan Saiful Azly.

Menurutnya, pada masa sama, Asisten Komisioner Anuar Omar dilantik sebagai KPD Brickfields yang baharu menggantikan Asisten Komisioner Zairul Nizam Mohd Zainuddin @ Hilmi.

"Satu lagi pertukaran adalah pelantikan ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Melaka, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, menggantikan Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah sebagai KPD Sentul," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Eng Lai (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul yang baharu menggantikan S Shanmugamoorthy (kiri) dengan disaksikan Saiful Azly
Eng Lai (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul yang baharu menggantikan S Shanmugamoorthy (kiri) dengan disaksikan Saiful Azly

Beliau berkata, diharap semua KPD yang baharu ini dapat memikul amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan PDRM dengan cemerlang sekali gus menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang selamat.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes jenayah boleh salurkan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.