Quartararo hargai Petronas Yamaha SRT

Quartararo bergambar kenangan bersama Prinsipal Petronas Yamaha SRT dan kru pasukan itu di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal.
Quartararo bergambar kenangan bersama Prinsipal Petronas Yamaha SRT dan kru pasukan itu di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal.
A
A
A

Menjelang perlumbaan terakhir musim 2020 - Grand Prix (GP) Portugal minggu ini, Fabio Quartararo menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) atas kepercayaan yang diberikan kepadanya menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia sejak musim lalu.

"Sebelum memulakan (perlumbaan GP Portugal) minggu ini, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Yamaha, Petronas dan semua orang yang berada dalam gambar ini.

"Mereka telah memberikan peluang kepada saya untuk beraksi dan mencapai impian saya menjadi seorang pelumba MotoGP. Tiga kemenangan, 10 podium dan 10 petak utama dalam tempoh dua tahun. Kami harap akan ada satu lagi minggu ini.

"Saya semakin matang sebagai seorang pelumba dan juga individu. Saya bertemu ramai orang yang baik dalam pasukan dan sentiasa akan mempunyai hubungan baik dengan mereka yang pernah menjadi sebahagian daripada kami dalam tempoh dua tahun ini.

"Marilah sama-sama kita mengharungi minggu ini dengan baik dan mengakhiri 'kembara' kami dengan sesuatu yang baik," kata pelumba Perancis berusia 21 tahun itu dalam laman sosial Facebook peribadinya semalam.

Sebagai rekod, pada tahun pertamanya bersama Petronas Yamaha SRT musim lalu, Quartararo berjaya mengakhiri tujuh perlumbaan di podium - lima kali bergelar naib juara dan dua kali menduduki tempat ketiga.

Lebih membanggakan, Quartararo dijulang sebagai pelumba muka baharu (rookie) terbaik dalam kelas MotoGP musim lalu selepas merekodkan 192 mata, sekali gus mengangkat reputasi Petronas Yamaha SRT.

Mulai musim depan, Quartararo yang kini menduduki tangga kelima keseluruhan carta MotoGP bakal menyertai pasukan pengeluar utama Yamaha, Monster Energy Yamaha MotoGP.

Artikel Berkaitan:

Quartararo bakal bergandingan bersama Maverick Vinales manakala tempatnya bakal diisi legenda F1, Valentino Rossi yang akan membentuk kombinasi dengan Franco Morbidelli.