Pasar Tani Kekal Nyiur Tujuh dibuka semula

Fauzi (tengah) melawat gerai yang menjual pelbagai jenis makanan di PTK Nyiur Tujuh.
Fauzi (tengah) melawat gerai yang menjual pelbagai jenis makanan di PTK Nyiur Tujuh.
A
A
A

JERTIH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuka semula Pasar Tani Kekal (PTK) Nyiur Tujuh di sini selepas tidak beroperasi sejak Jun tahun lepas.

Pengarah Fama Terengganu, Fauzi Mohamed berkata, PTK tersebut dibuka semula awal Februari ini dengan program yang lebih menarik dan diharap dapat menarik lebih ramai pelanggan.

Menurutnya, PTK yang beroperasi sejak Februari 2017 itu sebelum ini mempunyai 12 peniaga namun mereka tidak dapat meneruskan perniagaan kerana kurang sambutan.

“Sekarang seramai 11 peniaga terlibat dalam PTK Nyiur Tujuh yang baru beroperasi semula termasuk tiga peniaga lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pembukaan PTK Nyiur Tujuh di sini.

Hadir sama Pemangku Pengarah Pertanian Terengganu, Zulkepli Amin Yusof dan Pegawai Fama Besut, Abdul Rashid Che Muda.

Fauzi berkata, nilai jualan di PTK tersebut sepanjang 2017 sebanyak RM545,588.20 manakala bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lepas sebanyak RM260, 889.50.

“Pada tahun ini pelbagai program seperti karnival jualan murah dan kempen akan dilakukan setiap bulan di sini dan diharapkan pendapatan dan nilai jualan akan meningkat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu sempena Program Pembukaan PTK tersebut juga diadakan jualan murah bagi produk tertentu dengan potonghan antara 5 hingga 20 peratus selama tiga hari bermula Khams sehingga semalam.