Pas Kelantan jumpa Azmin dalam masa terdekat

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membincangkan pembangunan ekonomi negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan menyentuh projek-projek Kerajaan Pusat seperti pembinaan lebuh raya, royalti dan perumahan.

Beliau yang optimis terhadap pelantikan Mohamed Azmin turut menggambarkan hubungan baik bakal terjalin antara kerajaan negeri dan Pusat di masa depan.

“Saya mengucapkan tahniah dan ia satu keputusan yang terbaik kerana beliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor lebih mengetahui keperluan di peringkat negeri.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Azmin peluang bantu Kelantan

"Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa tidak layak memegang peranan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan kerana tidak memenuhi syarat,” katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berbanding Husam, Mohamed Azmin dilihat lebih sesuai apatah lagi beliau adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang seiring dengan tugas MTNg.

“Di negeri lain juga, Pengerusi MTNg diberi kepada seorang menteri, sedangkan Husam diberi tanggung jawab sebagai senator,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Angpau dan Limau Mandarin Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Aur Duri, semalam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Adun Salor, Saiful Adli Abu Bakar berkata, agihan diberi kepada 120 penduduk termasuk kanak-kanak di Kampung Aur Duri, Betong, Padang Sakar, Salor dan Pendek.

Menurutnya, sumbangan bernilai hampir RM10,000 daripada kerajaan negeri itu diharap dapat menceriakan lagi sambutan perayaan kepada penduduk khususnya yang beragama Buddha, di sini.