Lesen, permit sementara percuma di 'Kawasan Bebas Berniaga'

Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah bersetuju memberikan lesen atau permit sementara secara percuma kepada pemohon yang ingin berniaga di 'Kawasan Bebas Berniaga' di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bermula 1 Disember depan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebelum ini bayaran yang akan dikenakan kepada pemohon yang ingin berniaga di kawasan berkenaan ialah sebanyak RM10 sebulan.

“Cadangan bagi 'Kawasan Bebas Berniaga' ini pada awalnya dilaksanakan selama enam bulan bermula 15 November hingga 15 Mei 2021 tetapi, kerajaan negeri telah bersetuju supaya langkah itu dilaksanakan selama setahun sehingga 15 November 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lalu, Muhammad Sanusi berkata, hanya lima PBT sahaja terlibat dengan pelaksanaan itu pada permulaannya bermula 15 November lalu tetapi kini merancang untuk memperluaskannya ke semua PBT di Kedah. - Bernama

Artikel Berkaitan: