Tiga maut dalam letupan gas di Greece

Polis berkawal di lokasi kejadian.
Polis berkawal di lokasi kejadian.
A
A
A

ATHENS - GREECE. Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan gas di sebuah restoran di Kalamata yang terletak di rantau Peloponnese, lapor media tempatan hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.15 pagi (waktu tempatan) semalam.

Mangsa yang terbunuh adalah dua pekerja dan isteri pemilik restoran tersebut.

Tiga jentera bomba dikerah bagi memadam kebakaran dan polis telah memasang paramiter bagi menghalang orang awam menghampiri lokasi kejadian.

Pihak berkuasa tempatan telah melancarkan siasatan dan menolak andaian awal bahawa ia serangan pengganas. - Agensi

Artikel Berkaitan: