ABIM sambut baik kawalan jualan arak di kedai runit, serbaneka

ZAIRUDIN HASHIM
ZAIRUDIN HASHIM
A
A
A

SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik terhadap garis panduan baharu penjualan minuman keras termasuk penguatkuasaan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur.

Naib Presidennya, Zairudin Hashim berkata, larangan itu dilihat satu jalan penyelesaian kepada masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan, termasuk kes pemandu mabuk yang meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

“ABIM merujuk kepada contoh penguatkuasaan undang-undang di negara lain seperti Australia, United Kingdom dan Singapura yang meletakkan syarat yang lebih ketat berhubung penjualan arak ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ABIM melihat ada keperluan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) lain mempertimbangkan mekanisme kawalan sama bagi membendung isu sosial terbabit.

“Bagaimana pun, ABIM menggesa kawalan ini dibuat dengan mekanisme terbaik yang tidak membawa kepada permasalahan lain seperti penjualan arak tanpa lesen yang berleluasa dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, DBKL memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras yang mula berkuat kuasa pada Ahad lalu.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Artikel Berkaitan: