X

Kindly register in order to view this article
!

Tukang keranda kecewa jual meteor pada harga terlalu murah

Josua Hutagalung menunjukkan batu meteor yang ditemuinya. - Foto BBC
A
A

SUMATERA - Seorang tukang keranda melahirkan rasa kecewa apabila menjual batu dipercayai bongkah meteor bernilai jutaan dolar pada harga Rp200 juta (kira-kira RM57,660).

Memetik laporan BBC Indonesia, Josua Hutagalung, 34, berkata, dia berasa tertipu selepas menjual batu itu kepada seorang pakar meteor dari Amerika Syarikat, Jared Collins.

"Jored adalah orang perantaraan dan bukan pembeli meteor ini yang dikatakan harga mencecah AS$1.85 juta (RM7.56 juta).

"Saya ditipu dan kecewa ketika mendengar berita dari media di UK (United Kingdom) yang memanggil saya orang kaya. Saya terkejut, harga itu bukan dari saya. Sekiranya barang (meteor) itu sudah tiba di sana, ia bukan hak saya lagi.

"Berapa banyak yang ingin dijual, itu terpulang tetapi saya menjualnya dengan harga Rp200 juta," katanya.

Menurutnya, wang Rp200 juta hasil jual batu berkenaan telah didermakan kepada golongan kurang mampu, anak yatim, gereja dan membaiki kubur kedua ibu bapanya.

Batu meteor yang jatuh menimpa atap rumah Josua seberat 2.2 kilogram. - Foto BBC
Batu meteor yang jatuh menimpa atap rumah Josua seberat 2.2 kilogram. - Foto BBC

Dalam kejadian pada 1 Ogos lalu, sebuah bongkah batu jatuh menembusi bumbung beranda rumah ketika Josua sedang menyiapkan keranda ditempah pelanggan.

Batu meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1 / 2 karbonat Chondrite, jenis yang sangat jarang berlaku.

Beliau juga dikatakan hanya menjual 1.8 kilogram daripada keseluruhan 2.2 kilogram batu berkenaan.

"Lebihan batu-batu ini sudah diberikan kepada ahli keluarga, ada yang buat cincin, saya sendiri dapat lima gram.

"Saya juga tidak akan menjual lebihan batu ini meskipun ada individu menawarkan harga paling mahal," katanya.

Untuk rekod, tiga serpihan meteorit yang lain dilaporkan dijumpai di kawasan berdekatan ketika batu angkasa itu jatuh pada bulan Ogos lalu, namun satu ditemui di sawah kurang tiga kilometer dari rumah Joshua.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi jutawan segera kerana batu meteorit


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!