Kerajaan Kelantan serah laporan pada KKM

Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan negeri telah membuat laporan menyeluruh kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di Kelantan.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, pihaknya kini menunggu keputusan yang akan dimaklumkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk sebarang tindakan jika perlu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk rekod, sehingga 19 November, jumlah kes Covid-19 di negeri Kelantan adalah sebanyak 17 kes melibatkan kes baharu dan 60 kes pula masih dalam rawatan.

Sebelum ini Kelantan hanya mencatatkan jumlah satu angka melibatkan dua kluster dan hampir setiap daerah mencatatkan angka kes yang tersendiri.

Bagaimanapun, rakyat dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai penutup muka ketika melakukan sebarang aktiviti di luar kediaman.

Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini melaksanakan enam prosedur operasi standard (SOP) baharu melibatkan penutupan awal operasi premis makanan, stesen minyak dan beberapa SOP lain termasuk penganjuran majlis.

SOP baharu yang ditambah daripada SOP asal yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan sebelum ini adalah bagi membendung kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri tersebut.

Artikel Berkaitan: