422,609 peminjam PTPTN teruskan bayaran balik pinjaman

ptptn
ptptn
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 422,609 peminjam atau 28.17 peratus daripada 1.5 juta keseluruhan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan bayaran balik pinjaman mereka mulai Oktober lalu.

PTPTN dalam kenyataan memaklumkan kutipan bayaran balik yang diterima adalah sebanyak RM103.03 juta menunjukkan peningkatan sebanyak 173.65 peratus berbanding kutipan pada April yang berjumlah RM37.65 juta.

“Ini menunjukkan bahawa peminjam PTPTN masih terus berusaha membuat bayaran balik pinjaman mereka walaupun berada dalam keadaan yang sukar akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

"Tindakan sebegini seharusnya menjadi ikutan kepada peminjam lain yang berkemampuan dan tidak terjejas,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, atas dasar keprihatinan, kerajaan sebelum ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan lagi mulai Oktober hingga Disember ini.

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini telah memberi manfaat kepada 1.5 juta peminjam dengan jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik pinjaman berjumlah RM1.13 bilion bermula Mac hingga Disember 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan: