[VIDEO] Abang ugut bunuh adik dipenjara

Wan Mohd Hanif (tengah) dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, di sini hari ini kerana melakukan ugutan bunuh terhadap adiknya.
Wan Mohd Hanif (tengah) dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, di sini hari ini kerana melakukan ugutan bunuh terhadap adiknya.
A
A
A

KUALA KANGSAR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki yang mengugut bunuh adiknya kerana tidak memberikan wang untuk membeli rokok dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Tertuduh, Wan Mohd Hanif Wan Nik Azhar, 25, melakukan kesalahan itu kira-kira jam 3 petang di sebuah rumah tidak beralamat di Kampung Padang, Padang Rengas, 16 November 2020.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengacukan pisau mengugut mangsa yang juga adiknya, Wan Hazman Haikal ketika kejadian sebelum ditangkap pada keesokan hari.

Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Hakim Rohaida Ishak kemudiannya memerintahkan tertuduh dikenakan penjara selama 24 bulan dari tarikh ditangkap.

Terdahulu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Hennie Soraya Hanafi yang mewakili tertuduh meminta hukuman paling minimum dikenakan ke atas Wan Mohd Hanif memandangkan tertuduh bekerja sendiri.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir.

Artikel Berkaitan: