Gangguan air di 27 kawasan Kuala Langat, Sepang

Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan alami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 24 November dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 25 November ini. - Gambar hiasan 123RF
Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan alami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 24 November dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 25 November ini. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 24 November dan akan pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang, 25 November ini.

Gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri berkata, penggantian infrastruktur itu juga membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Penambahbaikan ini juga merupakan sebahagian usaha Air Selangor bagi meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik untuk keselesaan pengguna," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Air Selangor ingin menasihatkan pengguna yang terjejas menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

"Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com dan pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," katanya.

Artikel Berkaitan:

Info kawasan terlibat

Wilayah Kuala Langat

Kampung Kundang

Kuarters Estate Gadong

Kampung Batu Untung

Tanjung Sepat New Village

Kampung Batu Laut

Taman Batu Untung

Taman Pelangi

Ladang Batu

Taman Tanjung

Taman Tanjung Sepat Indah

Kampung Orang Asli Tanjung Sepat

Taman Mutiara

Ladang Bedford

Kampung Tanjung Sepat Darat

Kampung Tumbuk

Kampung Tanjung Layang

Berek Polis Tanjung Sepat

Taman Kanchong Laut

Wilayah Sepang

Kampung Bukit Bangkong

Kampung Hulu Teris

Kampung Ulu Chuchoh

Kampung Orang Asli Bukit Bangkong

Tanjung Rhu

Pekan Sungai Pelek

Kem PKLS Hazliza Ulu Teris

Taman Seri Sungai Pelek

Kampung Baru Sungai Pelek