Pengawal keselamatan didakwa seludup migran

Mohd Basyaruddin (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan menyeludup migran warganegara India.
Mohd Basyaruddin (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan menyeludup migran warganegara India.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar di sini hari ini atas tuduhan menyeludup masuk seorang migran warganegara India.

Tertuduh, Mohd Basyaruddin Hassan, 42, didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Mei 2019 lebih kurang 3.40 petang di Kaunter Kawalan Pemeriksaan Keluar KK1, Kompleks Imigresen Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Gerik.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rovinna Mohd Rawi kemudian memohon perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan di bawah 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah, Akta Kesalahan-Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim, Rohaida Ishak membenarkan permohonan tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Artikel Berkaitan: