X

Kindly register in order to view this article
!

Pemberontak bersenjata Papua sasar orang awam

Polis Indonesia memeriksa sebuah kenderaan di sempadan Skouw, Papua.
A
A

WAMENA - INDONESIA. Pemberontak pemisah bersenjata di wilayah bergolak Papua didakwa semakin ganas apabila turut menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Dalam kejadian semalam, seorang pemuda maut terkena tembakan yang menembusi lehernya di daerah Puncak Jaya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Papua, Komisioner Besar Ahmad Musthofa Kamal mengesahkan kejadian yang berlaku di perkampungan Wiyukwi itu.

"Kejadian berlaku di sebuah kedai runcit. Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital," katanya.

Tambah Ahmad, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian polis menemui satu kelongsong peluru 9mm.

Susulan itu, polis menasihati penduduk tempatan supaya berjaga-jaga dan meningkatkan kawalan keselamatan sekitar daerah tersebut.

Sejak awal bulan ini, terdapat tiga serangan puak pemisah menyasarkan anggota tentera Indonesia di Papua.

Serangan telah menyebabkan tiga askar cedera dan dua terkorban.

Pada Disember lalu, pemberontak bersenjata telah membunuh lebih 24 pekerja binaan di Nduga, daerah di tengah rantau barat separuh kepulauan New Guinea, di utara Australia.

Pembunuhan itu didakwa dilakukan pemberontak yang berjuang menentang pemerintahan Jakarta. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!