Lapan pasukan mampu cabar Liverpool

Jurgen Klopp - Foto gettyimages
Jurgen Klopp - Foto gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akan menyaksikan pertarungan sengit lapan pasukan untuk merebut trofi liga itu.

Tanpa memberitahu nama pasukan itu, Klopp menyifatkan ia cabaran berbeza yang bakal dilalui pasukannya dengan saingan terbuka luas berbanding musim lalu.

Namun, pengendali berusia 53 tahun itu menegaskan keutamaan Liverpool adalah untuk mempertahankan piala tersebut.

"Saya rasa ada sekitar lapan pasukan yang akan menjadi pencabar Liverpool. Saingan terbuka? Saya tiada masalah dengan perkara tersebut dan saya hanya fikirkan mengenai pasukan saya.

"Apa yang lebih penting adalah pemain saya tidak hilang konsentrasi dan dapat meneruskan saingan liga ini dengan rentak cemerlang sekali gus mempertahankan trofi EPL," katanya.

Liverpool akan kembali menyambung saingan EPL minggu ini selepas tugasan antarabangsa dengan dijadualkan menentang Leicester City pada Isnin, namun menerima tamparan hebat dengan kecederaan beberapa tonggak utama mereka.

Dalam masa sama, Klopp mengakui terpaksa bekerja keras musim ini untuk memastikan pasukan dapat menyamai aksi cemerlang seperti musim lalu.

"Tetapi, saya dapat rasakan untuk pasukan mengakhiri saingan musim ini dengan mengumupul 100 mata adalah sukar. Saya tidak nampak ada pasukan yang dapat mencapainya.

Artikel Berkaitan:

"Dalam keadaan musim ini yang empat minggu lebih pendek, jumlah perlawanan yang sama dan saya rasa ia mustahil. 87 mata pun bagi saya agak sukar.

"Bagaimanapun, jika kami mahu menang musim ini, kami perlu lebih baik daripada musim lepas. Permulaan liga kami tidaklah terlalu teruk walaupun dibelasah oleh Aston Villa. Tetapi kami mampu bangkit selepas itu," katanya.