Awang Aslee dilantik Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah

Awang Alsee Lakat
Awang Alsee Lakat
A
A
A

KOTA KINABALU - Pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Awang Aslee Lakat dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah yang baharu berkuat kuasa 1 November lalu.

Awang Aslee yang juga bekas Penolong Setiausaha UMNO Sabah itu, menggantikan Datuk Kadzim M Yahya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.

Watikah pelantikan disampaikan Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau di sini semalam.

Awang Aslee ketika ditemui menyifatkan pelantikan itu sebagai tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh amanah dan beliau beriltizam akan melakukan terbaik terutama dalam memperkasakan UMNO Sabah.

“Tugas diamanahkan bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak dalam kepimpinan UMNO Sabah termasuk Pergerakan Wanita, Putera dan Puteri di seluruh bahagian,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Aslee mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta kepimpinan parti yang lain atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk menggalas jawatan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: