Banjir: Sebuah lagi PPS dibuka di Ijok

Sebahagian daripada mangsa banjir dibawa menaiki bot APM Daerah Kuala Selangor berikutan kediaman mereka dinaiki air malam tadi.
Sebahagian daripada mangsa banjir dibawa menaiki bot APM Daerah Kuala Selangor berikutan kediaman mereka dinaiki air malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, Ijok malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, PPS yang dibuka pada jam 12.01 tengah malam itu menempatkan seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga.

Menurutnya, kesemua mangsa dipindahkan ke PSS itu berikutan kejadian banjir di Jalan Haji Ehsan off Jalan Parit Mahang, Ijok.

"Kejadian banjir berpunca akibat hujan lebat yang berterusan pada waktu petang menyebabkan paras air naik di Jalan Haji Ehsan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seramai 23 mangsa banjir daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Desa Coalfields, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) berikutan banjir melanda Kampung Seri Sentosa dan Kampung Sri Aman sini malam kelmarin.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Ijok belum surut

Artikel Berkaitan: