X

Kindly register in order to view this article
!

Koperasi KRT pertama di Marang

Ramly berkongsi perkembangan penubuhan koperasi bersama Pengarah Perpaduan negeri, Burhanuddin Daud (tiga, kanan).
A
A

MARANG - Penubuhan Koperasi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Cempedak Marang Berhad di sini adalah asas yang terbaik kepada ahli untuk berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

Pengerusi Koperasi itu, Ramly Abdullah, 60, berkata, anggota koperasi yang terdiri daripada kalangan ahli KRT dan penduduk juga lebih mudah ditubuhkan dengan adanya hubungan erat.

Menurutnya, terdapat banyak peluang perniagaan yang boleh diusahakan dengan penubuhan koperasi KRT berkenaan sekali gus boleh memberi sumber pendapatan baharu kepada ahli.

“Sebagai permulaan kita berhasrat untuk membuka ladang kelapa sawit seluas 50 hektar berdekatan dengan Ladang Felca Mak Abu di Bukit Jetit. Namun, masih banyak kerja perlu dilakukan.

“Permohonan juga masih dalam proses termasuk untuk mendapatkan kelulusan tanah dan usaha ini bergantung kepada keputusan mesyuarat pemimpin negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, beliau menegaskan asas kepada kejayaan sesebuah koperasi itu terletak kepada peranan semua pihak bermula dari peringkat atasan hingga kepada mereka di akar umbi.

Menurutnya, setakat ini Koperasi KRT Bukit Cempedak Marang Berhad merupakan koperasi KRT yang pertama ditubuhkan melibatkan badan bukan kerajaan tersebut di daerah Marang.

“Kita juga amat menghargai Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Terengganu, Kamaruddin Ali kerana sudi hadir bagi merasmikan penubuhan koperasi KRT ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus