Naik taraf jalan di Bukit Tengah

Hsiao Leung (kiri) mengedarkan limau kepada waris yang menunggu kepulangan murid-murid di pekarangan SJKC Peng Bin, semalam.
Hsiao Leung (kiri) mengedarkan limau kepada waris yang menunggu kepulangan murid-murid di pekarangan SJKC Peng Bin, semalam.
A
A
A

BUKIT TENGAH - Sebanyak RM2.1 juta diluluskan untuk menaik taraf jalan di Bukit Tengah bagi keselesaan penduduk di kawasan ini.

Adun Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung berkata, peruntukan itu diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk pembangunan yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Menurutnya, antara jalan yang akan dinaik taraf ialah Jalan Chiang Heng Kai (RM400 ribu), Jalan Perindustrian Bukit Minyak 1 (RM300 ribu) dan Jalan Pinang, Taman Mangga (RM300 ribu)

Turut mendapat perhatian jalan di Taman Inderawasih (RM200 ribu), jalan di kawasan Taman Kerjasama (RM250 ribu) dan Taman Pelangi (RM350 ribu).

"Kerja-kerja tersebut akan dijalankan secara berperingkat dari Mei hingga September tahun ini.

"Selain jalan-jalan yang dinyatakan, sejumlah RM300 ribu akan diketepikan untuk kegunaan kecemasan dalam kerja penyelenggaraan longkang," katanya ketika ditemui semasa lawatan Tahun Baharu Cina dan bertemu dengan ibu bapa di SJK(C) Peng Bin.

Turut hadir, Ahli Majlis MPSP, Ong Jing Cheng.

Artikel Berkaitan: