Azhar pernah bangkitkan isu kesihatan

Azhar Azizan
Azhar Azizan
A
A
A

SHAH ALAM - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pernah membangkitkan isu kesihatan calon bertanding pada pilihan raya ketika beliau menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Azhar bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak lagi berada dalam agensi terbabit serta menghormati kepimpinan sekarang.

“Semasa saya berlibat urus dalam kapasiti saya sebagai Pengerusi SPR dahulu, memang ada cadangan untuk meletakkan syarat agar calon pilihan raya berada dalam keadaan sihat.

“Tapi saya tidak boleh memberi komen tentang pendirian SPR mengenai perkara itu kerana saya bukan lagi di SPR dan saya perlu hormati kepimpinan SPR yang ada sekarang,” katanya mengulas mengenai cadangan agar parti politik memilih calon yang sihat untuk bertanding dalam pilihan raya.

Mengikut rekod, sebanyak 12 Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Artikel Berkaitan: