PSM tiada hasrat batalkan STL 2020

Saingan Divisyen Premier STL 2020 terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur ketika ini. FOTO: FB SEPAKTAKRAW LEAGUE
Saingan Divisyen Premier STL 2020 terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan PKPB di Kuala Lumpur ketika ini. FOTO: FB SEPAKTAKRAW LEAGUE
A
A
A

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak berhasrat untuk membatalkan saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2020 di sebalik ketidaktentuan ancaman pandemik Covid-19 dalam negara ketika ini.

Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya merancang mahu menyambung semula aksi Divisyen Premier STL 2020 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jika kerajaan tidak melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setakat ini PSM mencadangkan STL 2020 akan dapat kita laksanakan bermula 9 hingga 26 Disember 2020. Keutamaan STL 2020 diteruskan di Stadium Titiwangsa demi menjimatkan kos penganjuran.

“Namun, ia hanya dapat dilaksanakan jika PKPB tidak dikenakan di Kuala Lumpur. Sekiranya Kuala Lumpur masih di bawah PKPB, maka pengurusan PSM akan berusaha untuk memindahkan STL 2020 ke negeri yang tidak dikenakan PKPB pada ketika itu,” katanya.

Ahmad memberitahu, pihaknya juga sedang berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan dan Pahang sebagai pelan alternatif sekiranya STL 2020 tidak dapat diteruskan di Kuala Lumpur susulan pelaksanaan PKPB.

“PSM juga bimbang kemungkinan para peserta yang datangnya dari zon merah akan dikenakan kuarantin selama 14 hari dan mereka harus membuat persiapan awal sebelum bertolak ke negeri yang diadakan kejohanan tersebut.

“Namun, PSM akan berusaha juga untuk berbincang dan merayu agar kuarantin ini dikurangkan kepada satu atau dua hari kerana para peserta akan menjalani swab test sebanyak dua kali,” jelasnya.

Ahmad berkata, pihaknya juga bercadang jika STL 2020 dibenarkan kembali berlangsung, ia akan dijalankan berterusan selama empat hari dengan sehari rehat sehingga tamat aksi pusingan kedua.

Artikel Berkaitan: