Exco tanya pendapat rakyat jika PKPB dilaksana di Kelantan

DR IZANI HUSIN
DR IZANI HUSIN
A
A
A

KOTA BHARU - Berikutan jumlah kes Covid-19 semakin meningkat setiap hari di Kelantan, timbul persoalan kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan di negeri ini.

Malah, persoalan sama turut diajukan Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

"Kalu (kalau) kita buat PKPB seluruh Kelantan lagu mano (macam mana) ? Setuju ko (setujukah)?" tulisnya.

Pertanyaan Izani itu menerima maklum balas dari seluruh masyarakat terutamanya dari rakyat Kelantan sendiri.

Rata-rata bersetuju dengan cadangan tersebut walaupun mengakui ia akan memberi kesan yang lebih teruk berbanding kini terutamanya kepada peniaga makanan.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa baru hari ini kerajaan perlu melaksanakan PKPB sedangkan sepatutnya ia boleh diselaraskan sama seperti negeri lain sebelum ini.

Jawapan-jawapan tersebut diluahkan netizen yang berkongsi perasaan mereka yang rata-ratanya membayangkan kerisauan mereka.

Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini melaksanakan enam prosedur operasi standard (SOP) baharu melibatkan penutupan awal operasi premis makanan, stesen minyak dan beberapa SOP lain termasuk penganjuran majlis.

Artikel Berkaitan:

SOP baharu yang ditambah daripada SOP asal yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan sebelum ini adalah bagi membendung kes Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini.