Wanita maut diserang harimau

Serangan harimau kerap berlaku terutamanya di kawasan terpencil di India.
Serangan harimau kerap berlaku terutamanya di kawasan terpencil di India.
A
A
A

JAIPUR - INDIA. Seorang wanita maut dibaham harimau berhampiran Taman Negara Ranthambore di negeri Rajashtan, semalam.

Kejadian terbongkar selepas penduduk menemui mayat wanita malang itu yang terputus tiga dalam sebuah ladang pertanian di Kundera Range.

Bagaimanapun, ahli keluarga dan penduduk kampung terpaksa menunggu hampir enam jam untuk mengutip mayat wanita terbabit, selepas pegawai polis yang tiba dilokasi kejadian menuntut wang pampasan.

Menurut saksi, seorang pegawai senior memujuk penduduk menyerahkan wang pampasan bagi memudahkan proses bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap ranjer hutan berkata, harimau terbabit dilabel sebagai T64 telah dilihat berlegar-legar dan bersembunyi berhampiran belukar di kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Katanya lagi, harimau itu mungkin keluar dari belukar selepas menyedari mangsa melintasi kawasan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: