X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja lemas dalam sungai selepas memancing ikan

Anggota bomba menaikkan mayat remaja lelaki berkenaan selepas ditemukan di Sungai Skudai berhampiran Jalan Berkat, Kampung Jaya Sepakat, Senai di Kulai hari ini.
A
A

KULAI - Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi di Sungai Skudai berhampiran Jalan Berkat, Kampung Jaya Sepakat, Senai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 2.38 petang, mangsa, Abdul Rashid Abdul Rahim, 18, sebelum itu bersama-sama lima rakan memancing di sungai berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Awang berkata, kesemua remaja belasan tahun tersebut pada mulanya datang ke sungai itu untuk memancing.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan bahawa ketika kejadian empat rakan mangsa masih lagi leka memancing, manakala mangsa dan seorang rakan turun mandi sungai selepas selesai memancing.

Ahli keluarga mangsa hadir semasa anggota bomba berjaya menemukan mayat di Sungai Skudai berhampiran Jalan Berkat, Kampung Jaya Sepakat, Senai di Kulai hari ini.
Ahli keluarga mangsa hadir semasa anggota bomba berjaya menemukan mayat di Sungai Skudai berhampiran Jalan Berkat, Kampung Jaya Sepakat, Senai di Kulai hari ini.

"Menurut saksi di lokasi kejadian, rakan mangsa hanya mandi di tebing sungai, sementara mangsa pergi ke tengah sungai seakan-akan mahu menyeberang.

"Namun apabila mangsa sampai di tengah sungai di bahagian yang dalam, mangsa terkapai-kapai dan terus tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Fauzi berkata, melihat kejadian itu, rakan mangsa segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, seramai 10 anggota BBP tersebut digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Menurutnya, operasi berkenaan mengalami kesukaran disebabkan arus sungai tersebut yang sangat deras.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan yang dilaporkan hingga menyusuri tebing sungai.

"Mangsa lemas kemudian ditemukan pada jam 6.25 petang kira-kira 30 meter dari lokasi dia hanyut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!