UAE mungkin tarik diri dari OPEC+

Hubungan antara Riyadh dan Abu Dhabi bergolak sejak kebelakangan ini, apabila UAE menambah pengeluaran minyaknya melebihi kuota OPEC . Gambar hiasan.
Hubungan antara Riyadh dan Abu Dhabi bergolak sejak kebelakangan ini, apabila UAE menambah pengeluaran minyaknya melebihi kuota OPEC . Gambar hiasan.
A
A
A

MOSCOW - Berikutan ketegangan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan sekutu petroleumnya, Arab Saudi dan Rusia, Abu Dhabi dikatakan sedang mempertimbangkan idea kemungkinan meninggalkan OPEC+, lapor agensi berita Sputnik.

Agensi berita Bloomberg pada Khamis memetik sumber melaporkan, langkah ini dilihat bertentangan dengan dasar UAE, yang telah sekian lama mengelak sebarang konflik, lebih cenderung menangani masalah secara tertutup, perkara itu masih belum jelas sama ada "bertujuan memaksa rundingan ke atas tahap pengeluaran atau ia menggambarkan pertikaian mengenai dasar”.

Hubungan antara Riyadh dan Abu Dhabi bergolak sejak kebelakangan ini, apabila UAE menambah pengeluaran minyaknya melebihi kuota OPEC+.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan pegawai UAE belum mengumumkan secara terbuka hasrat negara itu untuk menarik diri daripada organisasi tersebut.

Kementerian Tenaga UEA pada Rabu mengatakan sudah mematuhi 126 peratus perjanjian pengurangan pengeluaran minyak pada Oktober dengan mengurangkan tahap pengeluarannya sebanyak 153,000 tong sehari.

Awal minggu ini, Jawatankuasa Pemantauan Menteri OPEC+ membincangkan situasi pasaran minyak di tengah-tengah gelombang kedua pandemik koronavirus (Covid-19) serta kemungkinan meningkatkan pengeluaran bermula 2021.

Perbincangan itu tidak mengemukakan sebarang cadangan, walaupun sehari sebelum, pakar OPEC+ mengesyorkan menteri mempertimbangkan mengekalkan sekatan pengeluaran semasa untuk suku pertama atau separuh pertama 2021.

Keputusan akhir dijangka dibuat pada mesyuarat tahunan menteri OPEC+ yang dijadual pada 1 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: