KPDNHEP keluarkan kompaun lebih RM8,000

ALEXANDER NANTA LINGGI
ALEXANDER NANTA LINGGI
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM8,100 sepanjang sembilan hari pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2020.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak 15,653 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis merangkumi 651 pemeriksaan terhadap pemborong dan 15,002 peruncit.

Menurutnya, sebanyak 57 tindakan undang-undang telah diambil terhadap peniaga atas pelbagai kesalahan.

"Lima kes didapati menjual melebihi harga maksimum, manakala 52 kes lagi atas kesalahan gagal meletakkan tanda harga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPDNHEP menerima dan merekodkan tiga aduan yang berkaitan semasa pelaksanaan skim itu dengan jumlah sitaan bernilai RM3,697.96.

Katanya, berdasarkan pemantauan KPDNHEP dan maklum balas orang ramai, pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan berjalan dengan baik dan telah mencapai objektif seperti dirancang.

"Pendekatan penguatkuasaan secara berhemah telah diambil dengan memberi nasihat dan amaran terlebih dahulu supaya peniaga mematuhi undang-undang sebelum tindakan penguatkuasaan dibuat," katanya.

Skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2020 dilaksanakan bermula 9 hingga 17 November lalu di mana sebanyak 20 jenis barangan harga terkawal telah diwartakan.

Artikel Berkaitan: