Litrak terima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik 2019

Litrak menerima pengiktirafan daripada LHDN selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik bagi tahun lalu.
Litrak menerima pengiktirafan daripada LHDN selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik bagi tahun lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) menerima pengiktirafan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Pembayar Cukai Terbaik bagi tahun lalu.

Penyerahan anugerah itu disempurnakan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Majlis Perasmian Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDN yang diadakan secara maya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi berkata, pihaknya menyedari akan kepentingan cukai merupakan penyumbang terbesar kepada pentadbiran negara yang efisien.

"Hasil cukai inilah yang akan membantu kerajaan untuk tujuan pembangunan fizikal dan infrastruktur negara demi kemudahan rakyat.

"Ini juga merupakan komitmen kami sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membantu dalam pembangunan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sazally Saidi
Sazally Saidi

Menerusi penyerahan anugerah itu, Litrak diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam aspek pembayaran cukai dan antara penyumbang utama kepada hasil pendapatan pihak kerajaan.

Inisiatif ini juga bertujuan bagi menghargai pembayar cukai yang berterusan mempamerkan prestasi pematuhan yang tinggi berdasarkan rekod percukaian sepanjang tahun 2019.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Litrak turut menerima pengiktirafan daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menerusi penyerahan Sijil Penarafan MyExpressway bagi pengendalian lebuh raya berprestasi baik untuk kategori lebuh raya jenis sistem tol terbuka.