Kes kelima selesema burung H5N8 di Korea Selatan

No Image Caption
A
A
A

SEOUL - Kementerian Pertanian Korea Selatan pada Khamis berkata, pihaknya mengesahkan satu lagi kes selesema burung jenis patogenik H5N8, menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan penyakit ini merebak ke ladang ternak ayam itik.

Ia merupakan kes jangkitan kelima dan terbaharu dilaporkan di Icheon, wilayah Gyeonggi. Kes itu muncul lima hari selepas kes keempat dilaporkan di kawasan sama, lapor agensi berita Yonhap menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar.

Pemerintah melarang kemasukan orang ramai dan kenderaan dalam radius 500 meter dari lokasi wabak kelima dilaporkan. Larangan pengangkutan juga dikeluarkan di ladang dalam jarak 10 kilometer.

Korea Selatan mempertingkatkan langkah berjaga-jaga sejak akhir Oktober ketika jangkitan mula dikesan berhampiran anak sungai di Cheonan, 92 kilometer di selatan Seoul. - Bernama

Artikel Berkaitan: