Prayut arah tindakan keras ke atas penunjuk perasaan

Penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di hadapan ibu pejabat polis di Bangkok semalam.
Penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun di hadapan ibu pejabat polis di Bangkok semalam.
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha hari ini mengarahkan agensi keselamatan untuk bertindak keras terhadap penunjuk perasaan prodemokrasi beberapa hari selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan perhimpunan di Bangkok.

Prayut yang peletakan jawatannya menjadi antara agenda utama gerakan berkenaan turut memberi amaran bahawa penunjuk perasaan antikerajaan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Situasi semakin gagal dikawal dan bakal berkembang menjadi konflik yang membawa lebih banyak keganasan.

"Sekiranya dibiarkan, ia boleh merosakkan negara dan institusi yang paling disayangi," katanya merujuk kepada monarki.

Tambah Prayut lagi, pemerintah dan agensi keselamatan perlu memperhebatkan tindakan penguatkuasaan mereka sejajar dengan prinsip undang-undang negara berkenaan.

Prayut berkata demikian selepas ribuan penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi jalan raya semalam sehingga berlaku rusuhan menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang cedera.

Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan prodemokrasi didalangi pemimpin pelajar yang berhimpun di Bangkok dan bandar-bandar lain mengulangi tuntutan mereka untuk perubahan politik.

Ia termasuk pengunduran Prayut iaitu bekas pemerintah tentera yang mula berkuasa sejak 2014, pembubaran Parlimen, penggubalan semula perlembagaan termasuk perubahan monarki.

Artikel Berkaitan:

Tuntutan oleh gerakan itu mengejutkan keseluruhan institusi diraja, menyebabkan penyokong setia mereka turut mengadakan bantahan dan terbabit dalam pergaduhan bersama pembangkang. - AFP