Tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap Covid-19 tinggi

Biarpun di benua Eropah dan Amerika teruk dilanda pandemik Covid-19, tahap kebimbangan rakyatnya adalah rendah berbanding di Malaysia.
Biarpun di benua Eropah dan Amerika teruk dilanda pandemik Covid-19, tahap kebimbangan rakyatnya adalah rendah berbanding di Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahap kebimbangan rakyat Malaysia terhadap pandemik Covid-19 adalah tinggi berbanding negara lain yang menghadapi krisis global itu, menurut sebuah syarikat penyelidikan pasaran, IPSOS.

Biarpun di Eropah dan Amerika teruk dilanda pandemik itu, tahap kebimbangan rakyatnya adalah rendah berbanding di Malaysia, tahap kebimbangan rakyat terhadap Covid-19 adalah 77 peratus.

Menurut IPSOS, 44 peratus negara di dunia bimbang akan pandemik itu dan Great Britain adalah negara kedua selepas Malaysia dengan 61 peratus, diikuti Sepanyol (60 peratus) dan Korea Selatan (58 peratus).

Menurut IPSOS, kajian tersebut dilaksanakan setiap bulan di 28 negara seluruh dunia menerusi Sistem Panel Dalam Talian IPSOS menyaksikan sampel bulanan Malaysia adalah n=500.

Dengan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini, kajian itu turut mendapati 44 peratus rakyat Malaysia merasakan negara tidak berada di landasan tepat pada Oktober berbanding 33 peratus pada September tahun ini, manakala mereka yang merasakan negara berada pada landasan betul merosot kepada 60 peratus berbanding 67 peratus pada tempoh sama.

Bagaimanapun, IPSOS memaklumkan bahawa hasil kajian menunjukkan pengangguran konsisten menjadi perhatian utama sepanjang tempoh pandemik di Malaysia dengan statistik menunjukkan 43 peratus pada April, 51 peratus (Julai) dan 48 peratus (Oktober). - Bernama

Artikel Berkaitan: