Skim ketiga DCA Johor-Singapura akan dilaksanakan

Datuk Ir Hasni Mohammad
Datuk Ir Hasni Mohammad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menjangkakan skim ketiga pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura menerusi Daily Commuting Arrangement (DCA) yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, prosedur operasi standard (SOP) khas DCA itu telah dikemukakan kerajaan negeri kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk diteliti.

Menurutnya, beliau telah menjelaskan SOP khas skim ketiga DCA itu menerusi sidang video mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

"Kita dapat lihat peningkatan mereka yang menggunakan skim yang diperkenalkan sebelum ini iaitu Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA).

"Skim DCA ini disyorkan pada peringkat permulaan kepada sektor pendidikan terutama pelajar, ibu bapa dan guru sama ada belajar di kolej dan institusi swasta di Johor atau di Singapura," katanya pada sidang akhbar secara maya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Digital Johor, hari ini.

Katanya, antara SOP khas DCA yang dicadangkan ialah kebenaran kepada 7,000 individu menggunakan DCA dalam tempoh setiap 10 hari.

"Johor mempunyai kapasiti untuk membuat ujian saringan sehingga 30,000 sehari berdasarkan infrastruktur yang diiktiraf KKM termasuk makmal," katanya.

Artikel Berkaitan: