X

Kindly register in order to view this article
!

Dakwaan Amanah tidak sokong Anwar fitnah, kata Hanipa

Tangkap layar Facebook Mohamed Hanipa.
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri kerana memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah fitnah.

Demikian kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin sebagai respons terhadap usaha pihak tertentu yang cuba melagakan pimpinan Amanah dengan pelbagai pihak termasuk Anwar dan Dr Mahathir.

"Saya dengar dari jauh ada suara yang hentam dan kritik pimpinan Amanah kerana kononnya tidak sokong DSAI (Anwar) sebagai bakal Perdana Menteri dan hanya sokong Tun M (Dr Mahathir).

“Saya berani kata, itu fitnah,” kata Mohamed Hanipa yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau bagaimanapun tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak mahupun mengulas lebih panjang mengenai perkara itu walaupun berkemampuan untuk berbuat demikian.

“Cuma sikit sahaja saya nak kata, seandainya sesiapa ada anggapan begitu, hakikatnya, maaf, anda mungkin belum kenal sekenal-kenalnya sahabat-sahabat saya pimpinan tertingi Amanah itu.

“Itu satu. Keduanya, tak guna jika ada yang kutuk, maki, 'etc' (dan sebagainya) pada pimpinan Amanah.. InsyaALLAH tak... sebab teruk daripada itu pun mereka dah biasa kena!” kata bekasTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu lagi.

Politics 101. 1. Saya dengar dari jauh ada suara yang hentam dan kritik pimpinan Amanah kerana kononnya tidak sokong...

Posted by Peguam PAS - Dulu on Wednesday, November 18, 2020


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!