Pahang bakal kutip RM5.7 juta sewa tanah pertanian di Cameron Highlands


MOHD SOFFI
MOHD SOFFI
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bakal mengutip hasil sewaan tanah pertanian Cameron Highlands dianggarkan berjumlah RM5.7 juta bagi tahun depan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknolgi negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, jumlah itu dijangka dapat dikutip di kawasan pertanian di seluruh mukim Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Telom membabitkan 1,427.5 hektar.

Menurutnya, kerajaan negeri menjangkakan hasil kutipan tahun depan akan bertambah dan sebahagiannya akan dibelanjakan untuk pembangunan dan pengurusan daerah.

"Kerajaan turut mengenakan kadar sewa tanah pertanian sebanyak RM4,500 setahun bagi setiap tanah seluas 0.5 hektar kepada petani dan mereka dibenarkan menyewa tanah maksimum 1.5 hektar dalam tempoh pajakan selama 10 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Chiong Yoke Kong (DAP- Tanah Rata) yang ingin tahu anggaran hasil dikutip oleh kerajaan Pahang terhadap sewaan tanah pertanian di Cameron Highlands pada Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Mohd Soffy berkata, jJumlah keseluruhan tanah yang terlibat ialah 1,155 hektar dan setakat ini, dua fasa telah selesai membabitkan mukim Ulu Telom dengan keluasan 749 hektar, Ringlet (89) dan Tanah Rata (5).

"Tanah yang terlibat ialah tanah yang dipajak oleh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands kepada Pahang Corporation, selaku pengurus hartanah. Petani yang berminat perlu melalui proses saringan jawatankuasa Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

"Tawaran sewaan tanah ini sebahagiannya diberikan kepada pekebun yang mendapat Lesen Pendudukan Sementara sebelum ini. Pemilihan pekebun bagi tawaran fasa ketiga dan keempat akan diteliti supaya mereka juga dapat memenuhi terma ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: