Pegawai Pilihan Raya AS terima ancaman

Setiausaha Negeri Arizona, Katie Hobbs mendedahkan beliau menerima ancaman ganas terhadap keluarga dan kakitangannya berikutan kemenangan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam pilihan raya Presiden negara itu. - Foto CNN
Setiausaha Negeri Arizona, Katie Hobbs mendedahkan beliau menerima ancaman ganas terhadap keluarga dan kakitangannya berikutan kemenangan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dalam pilihan raya Presiden negara itu. - Foto CNN
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang pegawai tinggi pilihan raya Arizona semalam mengutuk ancaman ganas ke atas keluarga dan kakitangannya berhubung keputusan pilihan raya yang menyaksikan parti Demokrat menguasai negeri barat Amerika Syarikat buat kali pertama dalam tempoh beberapa dekad.

Setiausaha Negeri Arizona, Katie Hobbs yang rumahnya didatangi oleh para penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya berkata, ancaman tersebut tidak akan menghalangnya daripada melakukan tugas-tugasnya.

Sebagai Setiausaha Negeri, beliau perlu mengiktiraf keputusan pilihan raya yang diadakan pada 3 November lalu menjelang 30 November ini.

Beberapa pegawai lain di negeri-negeri seperti Georgia, Nevada, Michigan dan Pennsylvania juga dilaporkan telah menerima ancaman itu ekoran pilihan raya berkenaan.

"Demokrasi kita sentiasa diuji, ia akan terus hidup dan tidak akan terjejas di bawah pemerhatian saya," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh AFP.

Presiden AS, Donald Trump sehingga kini masih enggan mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden itu dan mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan tersebut.

Dalam pilihan raya itu, pencabar Trump iaitu bekas Naib Presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat dilaporkan telah memenangi 290 undi elektoral daripada538 undi elektoral ketika pengiraan undi di negeri Georgia masih belum dikira.

Trump daripada parti Republikan pula hanya memperoleh 232 undi elektoral.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 270 undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya Presiden AS.

Jika Biden meneruskan kemenangan di Georgia, beliau akan memperoleh 306 undi elektoral.

Biden dijangka mengangkat sumpah jawatan pada 20 Januari 2021.

Dalam satu video pemantauan yang disiarkan oleh media tempatan, para penunjuk perasaan dilihat berada di luar rumah Hobbs dan menjerit "kami mahu satu audit (pilihan raya)".

Seorang penduduk tempatan berkata, sebahagian penunjuk perasaan merakamkan gambar kediaman Hobbs dan menjerit: "Katie (Hobbs) sila keluar dan kami sedang memerhati anda".

Sebahagian anggota parti Republikan marah ekoran kemenangan Biden walaupun Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS telah menggambarkan pilihan raya 2020 di negara itu adalah "paling selamat dalam sejarah Amerika". - Agensi