Tidak tolak kemungkinan tembakan tanda amaran

Hasanuddin (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor (kanan) dengan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman,Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir (kiri) di IPD Kota Setar, di sini, hari ini.
Hasanuddin (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor (kanan) dengan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman,Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir (kiri) di IPD Kota Setar, di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis Kedah tidak menolak kemungkinan wujud elemen ugutan dalam kes tembakan melibatkan anggota keselamatan mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes yang membabitkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) meronda di kawasan sempadan negara minggu lepas.

Hasanudin berkata, sebelum ini, pihak berkuasa Thailand memohon kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian diserahkan kepada mereka untuk siasatan dan tindakan susulan.

"Bagaimanapun, kita belum menyerahkan kelongsong peluru itu kerana barangan dalam pemeriksaan unit forensik," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Setar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak menafikan mungkin tembakan berkenaan sebagai tanda amaran yang dilakukan pihak tertentu yang tidak berpuas hati kerana kawalan sempadan negara yang diperketatkan.

"Kita masih menyiasat kemungkinan itu," katanya.

Sebelum ini, kejadian tembakan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi ketika anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Jumaat lalu.

Semasa kejadian, anggota terbabit terserempak seorang lelaki berdiri berdekatan pagar keselamatan dalam kawasan Thailand sebelum terlihat percikan api dan terdengar bunyi tembakan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, lelaki tersebut melarikan diri dengan kenderaan dan dua kelongsong peluru kemudiannya ditemui di tempat kejadian.

Terdahulu, majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor dengan Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan) Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir di IPD Kota Setar, di sini, hari ini disaksikan Hasanuddin.