4.3 juta penerima BSH libat peruntukan RM4.738b tahun ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 4.3 juta orang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di seluruh negara yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.738 bilion pada 2020.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, kerajaan juga telah membelanjakan RM4.727 bilion pada tahun lepas yang memberi manfaat kepada 3.857 juta rakyat.

“Bagi penerima di Sarawak, jumlah itu adalah RM523 juta yang melibatkan 443,000 isi rumah pada 2019 manakala tahun ini membabitkan peruntukan berjumlah RM553 juta dengan 491,000 penerima,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai jumlah BSH yang telah dibayar pada 2019 dan 2020.

Abd Rahim berkata, BSH adalah bantuan yang disasarkan kepada golongan B40 iaitu golongan yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

“Bantuan kesejahteraan rakyat ini diberi kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: