Sekolah Tinggi Islam As Sofa sedia beroperasi semula

Selepas sebulan ditutup susulan kes Covid-19 Sekolah Tinggi Islam As Sofa bersedia untuk beroperasi semula. - Foto FB Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Seremban 'Tahfiz dan Qiraat'
Selepas sebulan ditutup susulan kes Covid-19 Sekolah Tinggi Islam As Sofa bersedia untuk beroperasi semula. - Foto FB Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Seremban 'Tahfiz dan Qiraat'
A
A
A

SEREMBAN - Selepas sebulan ditutup susulan kes koronavirus (Covid-19) sehingga mencetuskan Kluster Sofi, Sekolah Tinggi Islam As Sofa di kawasan Perindustrian Senawang di sini bersedia untuk beroperasi semula.

Pengerusi Pengelolanya, Abdullah Abdol Razak berkata, pihak sekolah dibenarkan membuka semula pejabat pengurusan sekolah setelah mendapat kebenaran daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban selepas keseluruhan bangunan telah disanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan PKD.

"Tetapi memandangkan Negeri Sembilan kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan semua institusi pendidikan diarah ditutup, sesi pengajaran dan pembelajaran kita teruskan secara dalam talian.

"Bagi saya kita sudah bersedia untuk beroperasi semula dan ia bergantung kepada keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, seramai 102 pelajar dan kakitangan yang disahkan positif Covid-19 sebelum ini juga telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Pelajar dan guru Sekolah Tinggi Islam As Sofa membuat kerja-kerja pembersihan. - Foto FB Facebook Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Seremban 'Tahfiz dan Qiraat'
Pelajar dan guru Sekolah Tinggi Islam As Sofa membuat kerja-kerja pembersihan. - Foto FB Facebook Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Seremban 'Tahfiz dan Qiraat'

Beliau berkata, seramai 69 lagi yang diarah menjalani kuarantin juga telah bebas daripada menjalani kuarantin.

"Kami pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk ibu bapa yang sentiasa mendoakan kami, Semoga ALLAH SWT memelihara kita semua dan dijauhkan daripada segala musibah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pendaftaran baharu pelajar bagi sesi 2021 juga telah mula dibuka dan ibu bapa boleh membuat pendaftaran secara dalam talian.