Covid-19: Hanya Sabak Bernam berstatus zon hijau di Selangor

Info grafik yang dimuat naik di Facebook STFC semalam.
Info grafik yang dimuat naik di Facebook STFC semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Sabak Bernam menjadi satu-satunya daerah di Selangor berstatus zon hijau berikutan tidak merekodkan kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 14 hari.

Menerusi info grafik dimuat naik di Facebook Selangor Task Force Covid-19 (STFC) memaklumkan sejak 5 November sehingga semalam, enam daerah lain di negeri ini berada pada status zon merah.

Enam daerah berkenaan ialah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, daerah Hulu Selangor berstatus zon kuning manakala daerah Kuala Selangor pula berada pada tahap zon jingga.

Bagi tempoh sama, Selangor merekodkan sebanyak 2,717 kes tempatan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui Facebooknya memaklumkan Selangor merekodkan 141 kes baharu dengan pertambahan 254 kes discaj, semalam.

Katanya, Klang merekodkan sebanyak 44 kes manakala Petaling (29), Gombak (6), Kuala Langat (10), Kuala Selangor (2) dan Sepang (11).

Artikel Berkaitan: