Polis siasat kes bunuh, laluan di Jalan Bangsar ditutup

Mayat dipercayai mangsa bunuh ditemui di Jalan Bangsa pagi ini.
Mayat dipercayai mangsa bunuh ditemui di Jalan Bangsa pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Laluan di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam di sini ditutup susulan penemuan satu mayat dipercayai mangsa bunuh pagi ini.

Laluan dari arah KL Sentral itu ditutup bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Laluan di Jalan Bangsar menuju ke Abdullah Hukum, Kuala Lumpur terpaksa ditutup berikutan penemuan mayat dipercayai mangsa bunuh pagi ini.
Laluan di Jalan Bangsar menuju ke Abdullah Hukum, Kuala Lumpur terpaksa ditutup berikutan penemuan mayat dipercayai mangsa bunuh pagi ini.

"Pihak forensik sedang menjalankan siasatan membabitkan satu kes bunuh.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya.

Terdahulu, info trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (ITIS DBKL) melalui Twitter memaklumkan penutupan jalan berkenaan.

Artikel Berkaitan: