Penoreh getah didakwa ugut ibu kandung

Tertuduh, Fadzir (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini, selepas mengaku tidak bersalah mengugut ibu kandung.
Tertuduh, Fadzir (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini, selepas mengaku tidak bersalah mengugut ibu kandung.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas tuduhan mengugut ibunya dengan mengacukan parang kelmarin.

Tertuduh, Fadzir Mohd Zamhari, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, Fadzir didakwa menakutkan Fatimah Mat Ali, 68 sambil memegang sebilah parang dan mengacukan ke arah perut serta mengugut mahu membunuh mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Akar di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 17 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Rohaida tidak membenarkan sebarang jaminan diberikan berikutan mangsa yang terlibat merupakan ibu kandung dan tertuduh tinggal bersama mangsa.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Terdahalu, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hanida Abdul Kadir manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizawani Ahmad Jalaludin.

Artikel Berkaitan: