Rizal buktikan kerjaya takaful bukan 'second class'

Rizal
Rizal
A
A
A

BEKAS jurutera di sebuah syarikat cari gali minyak dan gas yang ditamatkan perkhidmatan membuktikan beliau mampu membina semula kerjaya dan masa depan yang cemerlang selepas menceburi bidang takaful.

Siapa sangka, cubaannya untuk beralih kerjaya selepas ditamatkan perkhidmatan di sebuah syarikat cari gali minyak dan gas terkemuka kira-kira empat tahun lalu menjadi titik tolak kepada kejayaan anak kelahiran Muar, Johor ini untuk bergelar sebagai penasihat kewangan.

Bermula tanpa sebarang pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan, Rizal Mohamed, 40, berkata, dia tidak berfikir panjang dan cuba memberanikan diri untuk menceburi bidang takaful selepas terputus pendapatan berikutan ditamatkan perkhidmatan di syarikat dia berkhidmat sebelum ini.

Menurut Rizal, pada peringkat permulaan, dia mengakui agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran perkejaan baharunya itu yang memerlukan rangkaian kenalan bagi memperkenalkan produk dibawanya.

"Saya bermula dalam bidang takaful ini pun sudah lambat sekitar umur 30 tahun dan kerjaya ini memang memerlukan rangkaian kenalan yang baik.

"Bagaimanapun alhamdulillah, sejak saya bersama agensi Muqmeen Group ini, mereka banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar walaupun saya langsung tiada pengetahuan untuk menjadi penasihat kewangan atau ejen takaful," katanya kepada Sinar Harian.

Keluarga menjadi pendorong dan pembakar semangat Rizal sehingga berjaya dalam kerjaya takaful.
Keluarga menjadi pendorong dan pembakar semangat Rizal sehingga berjaya dalam kerjaya takaful.

Mengulas lanjut, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, walaupun hanya baru beberapa tahun bermula dalam bidang tersebut, dia telah berjaya meraih beberapa pencapaian yang dianugerahkan oleh agensinya itu.

Artikel Berkaitan:

Rizal berkata, antara pencapaian yang pernah diraihnya sebelum ini adalah seperti Prudential Bangkok Rookie Star, Prudential Wealth Planner, Prudential 358 Achiever dan Prudential Krazi Krabi Qualifier.

"Saya pun bermula dari bawah dan usaha kami sebenarnya bukannya untuk meraih pendapatan semata-mata, tapi lebih kepada untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan perlindungan takaful.

"Banyak pihak memomokkan bahawa ejen takaful dan penasihat kewangan ini adalah peraih untung dan stigma inilah yang perlu diubah," katanya.

Rizal menerima beberapa pengiktirafan susulan kejayaannya sebagai penasihat kewangan.
Rizal menerima beberapa pengiktirafan susulan kejayaannya sebagai penasihat kewangan.

Ejen takaful bukan kerjaya terpinggir

Dalam pada itu, Rizal turut menangkis dakwaan sebilangan pihak yang beranggapan bidang takaful ini merupakan kerjaya terpinggir atau 'second class'.

Rizal berkata, kebanyakan penasihat kewangan di setiap agensi takaful terdiri daripada graduan universiti terkemuka malah ada di antaranya juga pernah berkhidmat dengan syarikat antarabangsa.

"Sebenarnya, persepsi kebanyakan masyarakat terhadap ejen dan penasihat kewangan ini banyak tidak tepat dan inilah yang perlu dibetulkan kerana kami sebenarnya lebih kepada nak mendidik masyarakat tentang kepentingan polisi takaful ini sendiri," katanya.

Selain itu, Rizal berkata, penasihat kewangan merupakan satu bidang profesional di mana mereka perlu mengikuti latihan Continuing Professional Development (CPD) untuk aktif dan berpengetahuan dalam kerjaya itu.

Ujarnya, kebanyakan kerjaya profesional seperti peguam dan jurutera juga perlu mengikuti latihan CPD bagi mengekalkan tahap kredibiliti mereka.

"Jadi, adalah tidak tepat sekiranya kerjaya sebagai ejen atau penasihat kewangan ini digelar sebagai second class kerana kami juga berada dalam kelompok golongan profesional," katanya.

Tahap kesedaran masyarakat masih rendah

Di samping itu, Rizal berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia berhubung kepentingan takaful hayat atau hibah buat masa ini masih rendah dan kebanyakan mereka lebih mengutamakan kad perubatan (medical card) semata-mata.

Beliau berkata, kebanyakan masyarakat tidak peka tentang perkara ini di mana mereka bakal mendapat pampasan yang boleh digunakan untuk menyara hidup selepas disahkan mengidap sebarang penyakit kritikal.

Rizal (kiri) giat memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung kepentingan takaful hayat atau hibah.
Rizal (kiri) giat memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung kepentingan takaful hayat atau hibah.

"Jika diikutkan, anggaran hanya 55 peratus rakyat Malaysia mempunyai kesedaran berhubung kepentingan hibah dan takaful hayat ini dalam kehidupan masa ini.

"Pembunuh utama di Malaysia adalah melibatkan penyakit-penyakit kritikal dan disebabkan itulah dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini, kerajaan turut umumkan sedang berbincang dengan syarikat takaful bagi membuat pemotongan menerusi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

"Jadi kerajaan juga nak bagi kesedaran dan saran supaya satu keluarga ada satu takaful bagi perlindungan penyakit kritikal," katanya.

Tambahnya, pihaknya sendiri terpaksa bertungkus-lumus untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang selama ini hanya lebih mengutamakan polisi kad perubatan semata-mata.

"Ya, medical card penting tapi kalau tak ada sekali pun, mereka masih ada pampasan jika mengambil takaful hayat ini untuk kegunaan perubatan di mana-mana hospital dan bagi perbelanjaan harian," katanya.

Rizal juga banyak berkongsi ilmu, maklumat dan tips mengenai bidang takaful di akaun peribadi Faceboook beliau iaitu https://www.facebook.com/rizal.mohamed untuk manfaat orang ramai.