2,271 lokasi disanitasi di Johor sejak Mac

Pihak bomba melakukan kerja-kerja sanitasi di sebuah premis perniagaan di Kota Tinggi semalam.
Pihak bomba melakukan kerja-kerja sanitasi di sebuah premis perniagaan di Kota Tinggi semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bomba Johor melakukan kerja-kerja sanitasi awam melibatkan 2,271 lokasi di seluruh Johor sejak 27 Mac sehingga semalam.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor, Penguasa Bomba Khairul Hiysam Hamim berkata, proses tersebut dilakukan di pelbagai tempat antaranya rumah ibadat, bangunan kerajaan dan tempat awam.

"Johor Bahru ialah daerah yang paling banyak melibatkan kerja-kerja sanitasi semuanya sebanyak 457 lokasi diikuti Batu Pahat (339), Kota Tinggi (277), Muar (231), Kluang (198).

"Sanitasi melibatkan 874 bangunan kerajaan, 174 rumah ibadat, 490 tempat awam dan 733 lain-lain lokasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, proses sanitasi dilaksanakan dengan menggunakan peralatan pelindungan diri (PPE) dan bancuhan bahan kimia bertujuan mengawal penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: