Hanya satu kluster libatkan premis makanan di Sabah

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengingatkan semua pengusaha perniagaan makanan dan perkhidmatan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah disediakan. - Foto Bernama
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengingatkan semua pengusaha perniagaan makanan dan perkhidmatan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah disediakan. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Hanya terdapat satu kluster melibatkan premis makanan di Sabah, iaitu Kluster Tempayan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, ia melibatkan 33 kes yang dikesan di Penampang, pada 21 Oktober lepas.

"Kes indeks dalam kluster ini telah menjalankan saringan gejala di hospital dan didapati positif. Hasil daripada saringan kontak rapat kepada kes ini menemukan 33 orang lagi didapati positif dalam kalangan ahli keluarga dan pelanggan," katanya.

Justeru, Datuk Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ingin mengingatkan kepada semua pengusaha perniagaan makanan dan perkhidmatan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah disediakan.

"Adalah ditegaskan terutamanya kepada pengendali dan pengusaha perniagaan makanan, penggunaan pelitup muka adalah dimestikan pada setiap waktu, di samping menjaga penjarakan fizikal serta kebersihan diri dan persekitaran," katanya pada sidang media harian Covid-19 Kerajaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu malam tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan: