Cubaan seludup 1,290kg tepung gandum, minyak masak

KPDNHEP Kelantan dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor turut menemui 90 kilogram tepung gandum dan 833 kilogram minyak masak dalam sebuah pacuan empat roda jenis Pajero di Rantau Panjang semalam.
KPDNHEP Kelantan dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor turut menemui 90 kilogram tepung gandum dan 833 kilogram minyak masak dalam sebuah pacuan empat roda jenis Pajero di Rantau Panjang semalam.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan bersubsidi ke Thailand termasuk dua buah kenderaan berjumlah RM33​,284 semalam.

Kejayaan rampasan itu hasil kerjasama agensi berkenaan dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menerusi Ops Benteng Covid-19.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, Ops Benteng Covid-19 menghasilkan tiga kes berkaitan dengan aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi di Kampung Rahmat di sini.

"Kes pertama kita telah menemui 500 kilogram tepung gandum bersubsidi bernilai RM675 yang disimpan di sebuah rumah.

"Kes kedua berhampiran dengan lokasi yang sama, kita telah menemui sebuah kenderaan sarat dengan muatan tepung gandum seberat 700 kilogram," katanya di sini hari ini.

Azanizam Affendi berkata, kes ketiga pula KPDNHEP Kelantan dan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor telah menemui 90 kilogram tepung gandum dan 833 kilogram minyak masak dalam sebuah pacuan empat roda jenis Pajero.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan sebagai transit sementara sebelum menyeludup bahan mentah itu ke negara jiran menggunakan pangkalan haram.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki dengan niat melakukan penyeludupan ke negara jiran melalui jalan sungai di sempadan negara.

Artikel Berkaitan: